Thursday, August 21, 2014

Penawar Semulajadi Barah Habatus Sauda @ Nigella Sativa

Walaupun berjaya mengurangkan berat badan dengan memakan minyak kelapa dara semenjak bulan Mei, namun saiz ketumbuhan pada leher saya (multinodular tiroid) kekal sama.

Oleh itu, saya melayari internet dan terbaca artikel berkenaan bagaimana Habatus Sauda atau Habatul Barakah (Nigella Sativa) yang mempunyai 80% peluang kejayaan dalam memerangi sel barah berbanding rawatan kimoterapi (baca artikel penuh di sini)

Disebabkan teringat kata-kata doktor yang multinodular tiroid saya berkemungkinan disebabkan oleh sel-sel barah berdasarkan sejarah perubatan ibu saya yang disahkan mempunyai barah tiroid, saya pun terus mencuba Habatus Sauda.

Motivasi saya ialah hadis Rasulullah s.a.w yang berikut :

"Sesungguhnya Al- Habbatus Sauda' boleh menyembuh segala penyalit kecuali Al-Sam". Aku bertanya "Apakah Al-Sam itu?. Baginda menjawab, " Al-Sam itu ialah maut". (Riwayat Bukhari)

Untuk memakan Habatus Sauda ini tidaklah mudah sebab rasanya yang kurang enak. Mula-mula saya mengunyahnya setiap hari 3 kali iaitu sebelum sarapan, selepas solat asar dan sebelum tidur. 

Lama kelamaan saya tak sanggup mengunyahnya lagi, maka saya kisar Habatus Sauda tersebut dengan Minyak Kelapa Dara dan memakannya atau mencampurkan kedalam minuman yang suam seperti kopi atau milo. Saya tidak mencampurkan ke dalam minuman yang panas kerana khuatir khasiat Habatus Sauda dan Minyak Kelapa Dara terjejas.

Saya memilih untuk mengisar Habatus Sauda bersama Minyak Kelapa Dara berbanding memakan minyak Habatus Sauda yang dijual di kedai kerana mahu memaanfat dari keseluruhan bijian Habatus Sauda dan bukannya hanya dari minyaknya sahaja.

Hikmah disebaliknya, kini saya tidak lagi makan Minyak Kelapa Dara dan Habatus Sauda secara berasingan. Sekarang sekali Guuurp selesai mendapat khasiat dari kedua-duanya, Alhamduilillah.

Hasilnya setakat 7 hari makan, pemeriksaan fizikal sendiri pada cermin seperti ada pengecilan sedikit. Tapi sebab takut syok sendiri, saya akan terus makan dan berkongsi update pada masa akan datang.

Insha-Allah bila ada rezeki lebih, saya akan pergi ke KPJ lagi untuk mendapatkan X-Ray terkini untuk dikongsikan bersama pembaca sekalian. Semoga Allah memberikan rezeki lebih untuk saya pergi mendapatkan X-Ray terbaru dan semoga Allah memberikan kesembuhan kepada saya dengan ikhtiar terbaru ini. Doakan saya ya. Terima kasih.


Penawar Semulajadi Obesiti Minyak Kelapa Dara

Pada bulan Mei lepas, suami saya telah membeli minyak kelapa dara dari website tulen-oil.com dan menghadiahkan kepada saya.

Alhamdulillah setelah memakan minyak kelapa dara tersebut selama 3 bulan, saya telah berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 4kg. Berat badan suami saya juga berkurangan dan langsing terutama di perut sampai terpaksa pakai tali pinggang pergi kerja.


Menurut tulen-oil.com, khasiat minyak kelapa dara terdapat pada asid lemaknya yang berantai panjang. Asid lemak tersebut boleh :
  • Menukarkan lemak kepada tenaga segera
  • Membakar lemak di perut (menurut kajian USM)
  • Mengurangkan rasa lapar.
Untuk baca artikel penuh boleh klik link di sini.

Sekarang kami makan minyak kelapa hari-hari. Rasa tak sedap, jadi kami campurkan dalam kopi atau milo yang suam sebab takut minuman yang terlalu panas boleh menjejaskan khasiat minyak kelapa dara.

Diharap anda akan mencuba alternatif semulajadi untuk mengurangkan berat badan berbanding ubat-ubat pelangsingan yang amat mahal di luar sana. Semoga Allah memberi kesihatan dan kemaafan kepada kita semua. Amin.