Tentang Saya

Blog ini menceritakan usaha pencarian penawar semulajadi bagi menyembuhkan penyakit dan kondisi yang saya alami menggunakan penawar semulajadi yang telah dicipta oleh Allah Subhanahu Wata'ala. 

Kisah saya bermula ketika sedang hamil pada tahun 2012,saya mendapati ada ketumbuhan di sebelah kiri leher saya. Setelah lebih daripada setahun bersalin, ketumbuhan tersebut membesar dan saya telah berjumpa doktor pakar di KPJ pada bulan Jun 2014. Selain itu, sukar untuk saya mengurangkan berat badan dan saya selalu rasa kepenatan dan tidak bertenaga.

Keputusan X-Ray menunjukkan terdapat ketumbuhan yang dinamakan multinodular tiroid pada kedua-dua belah kelenjar tiroid. Di sebelah kiri sebesar 27mm dan kanan sebesar 7mm. Ujian darah pula menunjukkan saya tidak menghidap penyakit hipertiroid atau hipotiroid kerana hormon yang dihasilkan oleh kelenjar-kelenjar tiroid adalah pada kadar normal yakni tidak lebih dan tidak kurang.

Doktor menasihati agar saya menjalani pembedahan untuk membuang kedua-dua kelenjar tiroid bagi mengelakkan kemungkinan barah jika dibiarkan membesar. Implikasi pembedahan tersebut ialah saya perlu memakan hormon tiroksin sepanjang hidup saya kerana tidak lagi mempunyai kelenjar tiroid. 

Risau akan risiko menghidap barah dan implikasi pembedahan, saya berazam untuk mencari penawar semulajadi yang dapat mengecilkan/mengecut multinodular tiroid saya dengan izin Allah. 

Selain itu, saya juga berazam untuk mencari penawar kepada kondisi yang saya sedang alami iaitu obesiti dan kepenatan yang berpanjangan.






No comments:

Post a Comment